Saturday 15 November 2014

SYG BATIQUE



SYG BATIQUE memberi ilham dalam memartabatkan kehalusan seni warisan harta pusaka bangsa ke mata dunia. Seni reka cipta yang amat halus dengan ketelitian, kesabaran dalam reka ciptaan batik memberi inspirasi kepada peminat- peminat batik agar tampak lebih eksklusif, namun khazanah warisan tradisi ini tetap terpelihara dengan mengikut tarian canting oleh pereka mahir di atas kain putih dan diperindahkan dengan warna rekaan mengikut kehendak pelanggan atau kreativiti si pencanting.

Teknik ikat celup, batik pukul, batik terap adalah cara lama yang masih diteruskan namun penekanan rekaan dan warna menarik disamping rekaan yang bukan hanya pada inspirasi alam semulajadi, awan larat, flora dan fauna, kehidupan laut malah dimodenkan dengan suntikan rekaan geometrik, abstrak, reka cipta SYG BATIQUE termasuk animal print, African safari,  memberi nafas segar dalam menghasilkan ciptaan.

Adi busana ini juga diperindahkan lebih elegan dengan campuran sulaman dan taburan manik - manik serta batu - batu permata memberi lebih eksklusif. rekaan bukan hanya pada baju kurung atau kebaya malah jubah muslimah dan ready-to-wear, office attire, pakaian kemeja lelaki dan juga skaf dan shawl serta tudung - tudung muslimah.

Jenis kain - kain terdiri daripada cotton, linen,  kain sutera, creap de shine, jaquard, dan chiffon. SYG BATIQUE menjaga mutu dalam berkarya kerana seni warisan bangsa nenek moyang harus dijaga sejak zaman - berzaman, dipelihara agar tidak hilang identitinya maka dengan itu, SYG BATIQUE memberi hasil ciptaan kreativiti mengikut peredaran zaman milenium untuk dipertengahkan ke mata dunia.













































































SYG BATIQUE KOREA